Monday, 14 September 2015

Testing

Testing...... Takut blog tak bleh log in...
Saja-ja...

Thursday, 25 June 2015

Program Kembara Smart Kid's 2015 edisi 2

Seperti yang dijanjikan, edisi ke-2 kini menyusul. Edisi kali ini berfokuskan pada kanak-kanak, peserta kem Kembara Smart Kid's 2015.

Peserta Kem ditempatkan di Kem Koko SK Ewa. Peserta bermalam di kem tersebut. Malam mula sampai tu tak ada aktiviti sebab semua dah keletihan. Aktviti bermula pada keesokkan harinya. 
Aktiviti pagi itu ialah aktiviti laut, water konfident. Memang enjoy la budak-budak ni. Ada yang pada mulanya tak tahu berenang menangis sampai terpaksa ditenangkan. Tapi last sekali dah dapat berenang lupa diri pulak.

Petangnya ada aktiviti cycling, free fall dan mainan dinamika. Masing-masing seronok. Ada yang tak nak balik. Tak puas hanya 2 hari sahaja. Hari terakhir peserta dah xda aktiviti. 

Awal pagi hari jumaat tu admin bergegas dari penginapan Sandy Beach Resort, ke Kem Koko Ewa. Nak join aktiviti dengan budak-budak.. Kiranya berendam dengan diaorang sekali la. Masa ada yang menangis apa lagi ketua jurulatih pusat koko Langkawi sibuk dok panggil admin suh pujuk.. Alahai...
Tapi bila dah ok tu maksu pun dah tak ingat. Kami selesai berendam pukul 12 tengahari. 

Habis aktiviti dengan anak-anak admin balik pulak ke Pantai Chenang nak uruskan aktiviti dengan group dewasa. Aktiviti island hopping. Tinggallah anak-anak dengan para jurulatih dan kakak-kakak serta abang-abang fasi. Malam sekali lagi lepas maghrib admin ke kem jengok mereka beraktiviti. Hari terakhir di kem 

Moh kita tengok gambo bebudak ni ye.. 

Aktiviti memanaskan badan






















Taklimat oleh Ketua Jurulatih Cikgu Zahir dari Pusat Koko PPD Langkawi


Bersedia untuk aktiviti laut - Water confident








Untuk aktiviti laut ni semua peserta diajar sampai boleh berenang. Sapa manja-manja sori memang tak dilayan. Siap kena tengking lagi dengan jurulatih. Tapi sangat berkesan sebab akhirnya terkedek-kedek seronok dapat berenang. Dapat menguji ketahanan mental juga.









Menyicah pulak



Kecik-kecik cili api. Disukai para jurulatih. Semua aktiviti dia buat dengan yakin.. Langsung xtakut..
Cayalah Ammar




Aktiviti cycling



























Free fall - aktiviti turun menggunakan tali dari atas menara..


















































Kak Ijat nangis tudung tersangkut dekat tali.. Tergantuung kat tengah2 sampai kena diselamatkan


Sebelah malam... Aktiviti berkumpulan
















Dah nak balik.. Muka ceria je






Menanti feri





Nak jugak dia glamour.....
Apa-apa pun bagi admin program ini sangat berjaya. Mungkin adala kekurangan yang tak dapat dielakkan. Lumrah hiduplakan.. Kita hanya manusia biasa yang serba kekurangan tapi rata-rata peserta seronok dan tak puas sebab sekejap sangat.

Sekali lagi admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, AJK JKKK Kampung Bukit Hijau, Pusat Koko PPD Langkawi serta barisan jurulatih dibawah pimpinan Cikgu Zahir. Jasa yang tak mampu kami balas, sanggup mengenetepikan hari cuti demi menganjurkan program untuk anak-anak kami, para penyumbang yang sudi menghulurkan dana untuk program kali. Semoga Allah jua membalasnya.. Anak-anak fasi yang sudi membantu.. Jazakallah...