Assalammualaikum... Salam Merdeka, salam 1 Malaysia....
Dah lama admin tak update sebarang aktiviti di blog ni.. Bukan sebab tiada aktiviti tetapi kesibukan admin dengan kerja.. Admin mohon maaf kepada mereka yang sentiasa mengikuti aktiviti kampung melalui blog selama ini..
So, sebagai melepaskan rindu admin akan updatekan aktiviti yang Kampung Bukit Hijau lakukan baru-baru ini. Iaitu Program Merdeka Raya dan Mohon Restu yang diadakan pada 23hb Ogos 2014 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu.. Memang meriah sebab acara ini julung-julung kali diadakan.
3 program digabungkan serentak. Program raya, merdeka dan mohon restu iaitu bacaan yasin untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam mahu pun penggal.. Untuk program raya pula admin bentuk zon dan setiap zon dikehendaki menyediakan menu masing-masing seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat..
Antara menu yang disajikan dah tentulah ketupat, lemang, rendang, serunding. Makanan wajib untuk hari raya. Tambahan pula dipenghujung syawal memang semua rindu nak makan. Menu lain ada nasi minyak, dalca, laksa, ais kacang, ayam goreng berempah yang dipesan khas dari KL, lontong, nasi impit, kuah kacang tak ketinggalan juga goreng ubi, cempedak dan juga cucur jagung. Selain itu kami juga menganjurkan pertandingan rumah patriotik dan pakaian sedondon.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung..
Majlis selesai jam lebih kurang jam 5.30 petang. Walaupun hujan turun tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua masyarakat kampung.. Terima kasih juga kepada pihak bahagian, terutamanya Dato' Timbalan, Ketua Wanita serta barisan jawatankuasa yang hadir memeriahkan majlis. Tak lupa juga kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada pihak koprat mahupun perseorangan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi. Mungkin acara ini akan jadi acara tahunan.. Kita sama-sama tunggu..
| Siap sedia untuk baca yasin |
| Bacaan yasin untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan |
| Persiapan akhir sebelum jamuan bermula |
| Solat zohor berjemaah |
| Imam adalah Kem Komandan Smart Kids, anakanda Amirul Hafiz |
| Meriah dengan hiasan merdeka |
| Tempat Kedua rumah patriotik |
| Tempat pertama rumah patriotik |
| Bersantai... |
| Ketua belia sedang sibuk dengan gerai ais kacang |
| Siap sedia untuk melancarkan jalur gemilang terbesar.. |
| Dato' timbalan |
| Satu... |
| Dua.... |
| Tiga... |
| Megah berkibar... 33 keping menjadikan jalur gemilang terbesar melambangkan 33 buah rumah dalam Kg. Bukit Hijau |
| Jom gambar ramai-ramai |
| Dato' timbalan bersama ayahanda admin, pengerusi dan salah seorang bekas home guard |
| Anak merdeka |
| Pemenang tempat pertama rumah patriotik, En. Othman Bin Ali |
| Tempat kedua pakaian sedondon, En. Zamri dan keluarga |
| Pemenang tempat pertama pakaian sedondon, En. Fazil Bin Yahya |
| Bonda admin bersama nenek saudara yang memenangi tempat kedua untuk rumah patriotik |
| Bendahari program |
| Dato' timbalan bersama rakan-rakan sedang menikmati ais kacang.. Menu terlajak lariss... |
| Saya anak merdeka |