Sunday, 29 June 2014

Gotong-royong

Salam..
Entry ni sepatutnya awal dari entry puasa tapi disebabkan masalah untuk mengupload gambar dari handphone admin ke laptop maka keluarla entry puasa dulu dari yang gotong-royong ni.. Takpe, janji segala aktiviti kita dapat paparkan untuk tatapan pembaca..

26hb Jun 2014 penduduk Kampung Bukit Hijau mengadakan gotong-royong
membersihkan jalan. Yela, dah nak puasa pastu raya.. Kalu buat bulan puasa mungkin penat, dahaga bagai so kita buat sebelum puasa.. Jom kita tengok aktiviti gotong-royong oleh penduduk kampung..








Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 Salam..


Bersua kembali.. Sedar tak sedar bulan ramadhan telah kembali. Bulan untuk kita beribadat dan menambahkan ketaqwaan kita kepada penciptaNya.. Semoga ramadhan kali ini penuh keberkatan..
Seperti biasa, surau Harun Al Rashid, Kampung Bukit Hijau mengadakan solat terawikh. Moga ahli jemaahnya kekal penuh hingga akhhir ramadhan.. InsyaAllah...

Saturday, 14 June 2014

Lawatan Ke Istana Anak Bukit, Galeri Diraja dan Pusat Sains

Salam...
Bersua kita kembali... Entri kali ni nak kongsi program yang dianjurkan oleh Kampung Bukit Hijau dibawah Biro Pendidikan iaitu lawatan ke Istana Anak Bukit, Galeri Diraja dan Pusat Sains. Lawatan diadakan pada 5hb Jun 2014 yang lalu... Rombongan Cik Kiah kali ni melibatkan 80 orang peserta .. Dua biji bas gitu...
Jom kita tengok gambar sepanjang lawatan tersebut.. Kurang-kurang terisi juga masa cuti budak-budak ni. Mak-mak pun boleh tumpang sekali...

Antara peserta yang turut serta

Pemandangan dalam balai rong seri.. Ruang tengah untuk upacara penghormatan terakhir kemangkatan Pengerusi Pemangku Sultan, Almarhum Tuanku Anuar

Dihiasi dengan chandelliar

Mendengar taklimat dari pegawai yang berkenaan

Singgahsana Diraja

Smart Kids bergambar beramai-ramai

Tempat pemain nobat

Antara koleksi gambar Tuanku Sultan









Antara koleksi binatang peliharaan Tuanku Sultan








Ikan Arapaima








Pemandangan hadapan istana




Galeri Diraja


Solat Zuhur di Masjid Zahir


Pemandangan sekitar Masjid Zahir dan Galeri Diraja

Lokasi lawatan ke Pusat Sains











Sebelum bertolak pulang, sempat menjamu selera di Zakaria Laksa Teluk Kechai


Rata-rata seronok dengan lawatan singkat pada hari tersebut.. Ada yang tak sabar untuk trip yang seterusnya... Apa yang penting semua gembira sambil menimba pengalaman...
Jumpa lagi..