Monday, 6 January 2014

Lawatan Muhibbah ke Kuala Lumpur, Putrajaya..

Salam... 
Bersua kembali.. Kali ni nak kongsi cerita tentang lawatan yang kami buat ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lawatan 3malam 2hari ni berlangsung pada 25hb Disember 2013 hingga 27hb Disember 2013. Perancangan nak mengadakan lawatan ni dah lama dibuat. Dah 5 tahun rasanya.. Akhirnya persetujuan dicapai dan program ni pun berjaya dilaksanakan juga akhirnya. Alhamdulillah... 

Peserta lawatan seramai 42 orang terdiri daripada orang dewasa, para belia dan juga kanak-kanak. Masing-masing excited nak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.. Walaupun dah pernah berkunjung sebelum ni tapi sekali-sekala dapat peluang berjalan sekampung memang seronok.. 

Kami bertolak dari Alor Setar jam 10.30 malam dengan bas. Perjalanan mengambil masa 6 jam akhirnya kami sampai di Hentian Sebelah Sungai Buloh lebih kurang jam 5 pagi. Sebelum tu ada juga berhenti sekejap. Maklumla bawa orang tua-tua kadang-kadang nak ke bilik air. Yang muda pun tak kurang juga ambik kesempatan nak berasap. Masing-masing dah macam naga berapi dah tengoknya. Pantang bas berhenti, diaorangla yang akan turun dulu, naiknya pula paling lambat. 

Di Hentian Sebelah Sungai Buloh kami mandi, solat dan bersiap apa yang patut sebab destinasi pertama kami nanti lawatan ke Bangunan Parlimen. Tapi sebelum tu nak isi perut dulu. Kami bersarapan di Old Town White Cafe, Sri Gombak... Dah kenyang semua kami pun bergerak ke Bangunan Parlimen.

Lawatan ke Bangunan Parlimen turut disertai oleh ahli keluarga admin di Kuala Lumpur. Diaorang ni nama ja dok KL tapi Bangunan Parlimen pun tak pernah jengah. Bukan senang nak masuk kalau tak kena caranya. Semasa di Bangunan Parlimen kami di sambut oleh En. Ahmad Faizal. Beliau bertanggungjawab membawa kami melawat sekitar Bangunan Parlimen seperti Dewan Negara dan kawasan sekitar. Semua peserta rombongan kagum dan terpegun melihat keadaan Bangunan Parlimen. 

Bangunan Parlimen

Dari pintu masuk


Peserta mendengar penerangan dari Encik Ahmad Faizal

Semua tekun mendengar penerangan..

Plag yang tertulis nama-nama ahli parlimen Malaysia



Dalam Dewan Negara

Peserta rombongan bergambar beramai-ramai

Antara koleksi yang terdapat di Galeri Parlimen


Replika Bangunan Parlimen

Cokmar


Gambar Yang DiPertuan Agong


Bergambar beramai-ramai


Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Hussien Onn
 Hampir 2 jam kami berada di Bangunan Parlimen. Sempat meluangkan masa masuk ke dalam Dewan Negara dan diberi kesempatan untuk duduk di kerusi para senator. Macam admin, ini merupakan kunjungan kedua ke Bangunan Parlimen. Pertama kali dulu bersama pelajar sekolah. Jadi, ini merupakan kunjungan kali kedua.

Selepas selesai lawatan di Bangunan Parlimen kami bergerak pula ke Putrajaya. Dalam perjalanan ke sana admin dihubungi oleh pegawai kepada Dato' Seri Jamil Khir, sebab admin minta sumbangan makan tengahari dari DS Jamil Khir. Alhamdulillah, kumpulan kami disajikan dengan nasi beriani ayam.. Semua makan dengan berselera sebab masing-masing dah lapar. Selesai makan, kami bergerak ke Putrajaya.

Kami sampai di Putrajaya masa zuhur. Lawatan di Putrajaya ni hanya kawasan sekitar sahaja sebab perancangan awal nak melawat Perdana Putra tapi sebab dalam proses pengubahsuaian jadi hajat kami tak kesampaian. Sempat solat jama' di Masjid Putrajaya.


Masjid Putrajaya

Pandangan hadapan Masjid Putrajaya
Bangunan Perdana Putra

Kediaman Perdana Menteri

Bersantai

Posing jangan tak posing

Gelagat peniaga

Gerai melukis potret

Tasik Putrajaya

Gelagat pengunjung yang sempat dirakam


I believe i can't fly.....
Setelah menghabiskan masa kira-kira 2 jam kami mengambil keputusan untuk pulang berehat di hotel penginapan kami di Peninsular Residence..

Tempat penginapan kami.. Sangat selesa

Sempatla rehatkan badan dan lelapkan mata seketika sebelum bergerak ke Restoran Paparich Jalan Doraisamy untuk makan malam hasil tajaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin melalui Setiausaha Sulit beliau Encik Nizar. Terima kasih banyak ye Tan Sri... Kami penduduk kampung sangat menghargainya... Sedap sangat hidangan yang disediakan. Lepas makan kami buang-buang waktu melihat panorama Kuala Lumpur pada waktu malam terutamanya bangunan pencakar langit KLCC

Bangunan pencakar langit

Senibina yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
Lepas amik gambar apa yang patut kami pulang semula ke hotel untuk berehat... Esok nak terjah RTM pulak dan sebelum balik nak menjana ekonomi peniaga dekat Jalan TAR. Apa lagi, shoppingla..

Sempat bergambar sebelum melawat




Dalam Auditorium Perdana

Mendengar taklimat dengan penuh tekun
Kami menghabiskan masa hampir 2 jam melawat sekitar Angkasapuri.. Habis melawat ambil keputusan untuk makan sebab perut masing-masing dah berkeroncong. Dalam perjalanan nak ke Kampung Baru dapat panggilan telefon dari Pegawai Khas Dato' Seri Shahidan Kassim yang permohonan makan tengahari diluluskan.. Alhamdulillah walaupun minta last minute dapat juga.. So, tak payah keluar duitla... Sekali lagi kami bergerak ke Parlimen. Makan kari ikan, ulam-ulaman... Sangat sedap..

Lepas selesai makan kami diberi peluang masuk ke Dewan Rakyat tapi tak dibenarkan mengambil gambar. Tak dapatla nak share kat sini. Selesai melawat kami bergerak ke KLCC untuk shopping-shopping.
Pintu masuk ke KLCC





 Dalam pukul 3.30 kami bergerak ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Masing-masing dah tak sabar nak habiskan stok duit. Macam-macam yang diborong. Kena pulak kebetulan masa kamoi berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman ada pasar malam.. Memang happening habislah.. Pukul 8.30 malam kami bertolak untuk pulang sempat singgah di RnR Sungai Buloh untuk makan dan mandi. Pukul 10 macam tu barula bertolak balik. Alhamdulillah sampai di kampung pukul 4.30 pagi. Pemandu bas pun sangat sporting. Memang enjoy betul dengan trip kali ni. Dikesempatan ni juga nak rakamkan jutaan terima kasih untuk semua penaja. Majoriti sedara mara admin sendiri. Terima kasih tak terhingga untuk TPM kita, Dato' Sri Shahidan, Dato' Sri Jamil Khir, Dato' Ariffin, Dato' Ahmad Bin Lebai Sudin, Encik Amri, Dato' Ah Leong dan semuanya yang telah memberi sokongan dan sumbangan. Jazakallah...







Sunday, 5 January 2014

Sekapur sireh...



Assalammualaikum w.b.t...

Sebenarnya dah lama idea nak wat blog untuk kampung ni.. Tujuannya sekadar nak berkongsi maklumat tentang sebarang aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung. Kalu ikutkan nak cari dalam google pun tak dapat kat mana lokasi kampung ni. Sebab tu besar sangat hajat nak memperkenalkan Kampung Bukit Hijau ke persada dunia... Amboii, jauh la sangatkan. Tapi kalu fikirkan balik memang jauh la kalu dah berblog ni. Taip ja nama kampung terus nak je. Walaupun masa tu berada kat London. Tak ke persada dunia namanya tu..

Harapan admin apa yang akan dicoretkan dalam blog ini dapat dikongsi bersama dengan pembaca diluar sana.. Segala kekurangan harap dimaafkan... Tapi kalu ada info yang nak ditambahbaik sangat-sangat dialu-alukan... Cuma saya kena la semak dulu kesahihannya...

Ok setakat tu saja untuk permulaan.. Tunggu kemunculan laporan aktiviti selepas ini ye...