Wednesday, 28 January 2015

Program Gotong Royong dan Ganyang Aedes...

Salam......
Program gotong-royong ni sebenarnya dah acap kali diadakan. Malahan dah jadi rutin. Kalau sebelum ni diadakan setiap minggu. Gotong-royong dibuat secara berkelompok. Ikut zon. Bersih rumah ke rumah. Setiap minggu 5 hingga 6 buah rumah dibersihkan. Memang seronok sebab ramai-ramai pakat turun. 

Gotong-royong dan ganyang aedes yang terbaru diadakan pada 2hb dan 23hb Januari 2015 yang lalu. Penduduk kampung pakat ramai-ramai turun untuk menjayakan program gotong-royong. Seronok sebenarnya bila ramai-ramai buat kerja. Jom tengok gambar program gotong-royong..














Sunday, 4 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum....
Apa khabar reader semua... Hihihi.. badget macam ada orang baca la kan.. Takpe sesiapa saja yang ikuti blog kampung ni kita ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Sekejap je masa berlalu, dah masuk tahun baru. 


Seperti biasa menjelang tahun 2015 pelbagai perancangan telah dibuat untuk tahun baru ni. Admin sebagai pemegang portfolio pendidikan dah merancang aktviti bermula Januari hingga Disember 2015. Harap-harap program yang disusun berjalan seperti yang dirancangkan.

Tahun ni dibawah biro pendidikan kami dah rancang pelbagai program antaranya lawatan sambil belajar ke tiga negera sebelah utara. Perak, Pulau Pinang dan juga Perlis. Tak lupa juga sambungan program Smart Kids yang diberi nafas baru dan penjenamaan baru Kembara Smart Kids yang dijangkakan dibuat di Pulau Langkawi berkemungkinan pada bulan Mei nanti. Kami plan nak buat 3 hari 2 malam. 

Apa-apa setiap perancangan yang dibuat hanya akan tinggal rancangan kalau tak mendapat kerjasama dari semua ahli jawatankuasa. Admin memang puji dengan seluruh ahli jawatankuasa khasnya serta penduduk kampung khasnya yang sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program yang dianjurkan.

Sekali lagi admin ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru... Semoga tahun 2015 menjanjikan lebih kejayaan kepada kita semua. Aminnnn.......