Sunday, 31 August 2014

Program Merdeka Raya dan Mohon Restu

Assalammualaikum... Salam Merdeka, salam 1 Malaysia....
Dah lama admin tak update sebarang aktiviti di blog ni.. Bukan sebab tiada aktiviti tetapi kesibukan admin dengan kerja.. Admin mohon maaf kepada mereka yang sentiasa mengikuti aktiviti kampung melalui blog selama ini..

So, sebagai melepaskan rindu admin akan updatekan aktiviti yang Kampung Bukit Hijau lakukan baru-baru ini. Iaitu Program Merdeka Raya dan Mohon Restu yang diadakan pada 23hb Ogos 2014 yang lalu bersamaan dengan hari Sabtu.. Memang meriah sebab acara ini julung-julung kali diadakan. 

3 program digabungkan serentak. Program raya, merdeka dan mohon restu iaitu bacaan yasin untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan awam mahu pun penggal.. Untuk program raya pula admin bentuk zon dan setiap zon dikehendaki menyediakan menu masing-masing seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat..

Antara menu yang disajikan dah tentulah ketupat, lemang, rendang, serunding. Makanan wajib untuk hari raya. Tambahan pula dipenghujung syawal memang semua rindu nak makan. Menu lain ada nasi minyak, dalca, laksa, ais kacang, ayam goreng berempah yang dipesan khas dari KL, lontong, nasi impit, kuah kacang tak ketinggalan juga goreng ubi, cempedak dan juga cucur jagung. Selain itu kami juga menganjurkan pertandingan rumah patriotik dan pakaian sedondon.

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung..

Siap sedia untuk baca yasin

Bacaan yasin untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan

Persiapan akhir sebelum jamuan bermula



Solat zohor berjemaah


Imam adalah Kem Komandan Smart Kids, anakanda Amirul Hafiz

Meriah dengan hiasan merdeka



Tempat Kedua rumah patriotik

Tempat pertama rumah patriotik

Bersantai...

Ketua belia sedang sibuk dengan gerai ais kacang

Siap sedia untuk melancarkan jalur gemilang terbesar..

Dato' timbalan 


Satu...

Dua....

Tiga...

Megah berkibar... 33 keping menjadikan jalur gemilang terbesar melambangkan 33 buah rumah dalam Kg. Bukit Hijau



Jom gambar ramai-ramai

Dato' timbalan bersama ayahanda admin, pengerusi dan salah seorang bekas home guard

Anak merdeka

Pemenang tempat pertama rumah patriotik, En. Othman Bin Ali

Tempat kedua pakaian sedondon, En. Zamri dan keluarga

Pemenang tempat pertama pakaian sedondon, En. Fazil Bin Yahya

Bonda admin bersama nenek saudara yang memenangi tempat kedua untuk rumah patriotik

Bendahari program

Dato' timbalan bersama rakan-rakan sedang menikmati ais kacang.. Menu terlajak lariss...

Saya anak merdeka
Majlis selesai jam lebih kurang jam 5.30 petang. Walaupun hujan turun tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua masyarakat kampung.. Terima kasih juga kepada pihak bahagian, terutamanya Dato' Timbalan, Ketua Wanita serta barisan jawatankuasa yang hadir memeriahkan majlis. Tak lupa juga kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada pihak koprat mahupun perseorangan bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih daun keladi. Mungkin acara ini akan jadi acara tahunan.. Kita sama-sama tunggu..







Sunday, 29 June 2014

Gotong-royong

Salam..
Entry ni sepatutnya awal dari entry puasa tapi disebabkan masalah untuk mengupload gambar dari handphone admin ke laptop maka keluarla entry puasa dulu dari yang gotong-royong ni.. Takpe, janji segala aktiviti kita dapat paparkan untuk tatapan pembaca..

26hb Jun 2014 penduduk Kampung Bukit Hijau mengadakan gotong-royong
membersihkan jalan. Yela, dah nak puasa pastu raya.. Kalu buat bulan puasa mungkin penat, dahaga bagai so kita buat sebelum puasa.. Jom kita tengok aktiviti gotong-royong oleh penduduk kampung..








Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 Salam..


Bersua kembali.. Sedar tak sedar bulan ramadhan telah kembali. Bulan untuk kita beribadat dan menambahkan ketaqwaan kita kepada penciptaNya.. Semoga ramadhan kali ini penuh keberkatan..
Seperti biasa, surau Harun Al Rashid, Kampung Bukit Hijau mengadakan solat terawikh. Moga ahli jemaahnya kekal penuh hingga akhhir ramadhan.. InsyaAllah...

Saturday, 14 June 2014

Lawatan Ke Istana Anak Bukit, Galeri Diraja dan Pusat Sains

Salam...
Bersua kita kembali... Entri kali ni nak kongsi program yang dianjurkan oleh Kampung Bukit Hijau dibawah Biro Pendidikan iaitu lawatan ke Istana Anak Bukit, Galeri Diraja dan Pusat Sains. Lawatan diadakan pada 5hb Jun 2014 yang lalu... Rombongan Cik Kiah kali ni melibatkan 80 orang peserta .. Dua biji bas gitu...
Jom kita tengok gambar sepanjang lawatan tersebut.. Kurang-kurang terisi juga masa cuti budak-budak ni. Mak-mak pun boleh tumpang sekali...

Antara peserta yang turut serta

Pemandangan dalam balai rong seri.. Ruang tengah untuk upacara penghormatan terakhir kemangkatan Pengerusi Pemangku Sultan, Almarhum Tuanku Anuar

Dihiasi dengan chandelliar

Mendengar taklimat dari pegawai yang berkenaan

Singgahsana Diraja

Smart Kids bergambar beramai-ramai

Tempat pemain nobat

Antara koleksi gambar Tuanku Sultan









Antara koleksi binatang peliharaan Tuanku Sultan








Ikan Arapaima








Pemandangan hadapan istana




Galeri Diraja


Solat Zuhur di Masjid Zahir


Pemandangan sekitar Masjid Zahir dan Galeri Diraja

Lokasi lawatan ke Pusat Sains











Sebelum bertolak pulang, sempat menjamu selera di Zakaria Laksa Teluk Kechai


Rata-rata seronok dengan lawatan singkat pada hari tersebut.. Ada yang tak sabar untuk trip yang seterusnya... Apa yang penting semua gembira sambil menimba pengalaman...
Jumpa lagi..